Saturday, December 8, 2012

#FightForGaza

Melihat isu Gaza semakin hebat diperkatakan pada hari ini, aku terasa aku perlu melontarkan pandangan aku walaupun sekadar dalam bentuk tulisan di blog..

Isu Yahudi merupakan bukan isu yang asaing lagi terutamanya lagi dalam umat Islam itu sendiri. dalam Islam sendiri kita banyak belajar mengenai kaum yang dilaknat ini. namun, Islam tidak mewajibkan malah tidak pula mengajar agar umat nya membenci kaum Yahudi. namun, kita lihat pada hari in, berapa kaum itu membenci umat islam. memerangi umat islam, terutama rakyat palestin yang tidak melakukan sebarang keganasan.

seperti yang kita tahu, Barrack Obama sendiri secara terus terang telah menyatakan sokongan dari  pihak US terhadap Israel. ini bukan lagi konflik bagi umat islam. kini, ianya merupakan satu konflik bagi seluruh umat manusia kerana apa yang terjadi menunjukkan sikap ketidak perimanusiaan. bedilan bom yang jatuh di kawasan awam, malah ramai orang awam yang cedera.

jika israel mempunyai US sebagai sekutu, gaza tidak memerlukan sebuah negara yang mempunyai alatan perang canggih untuk menyokong. apa yang gaza perlukan agar umat islam seluruh dunia bersatu. jumlah penduduk islam di dunia merupakan populariti terbesar di dunia. tidak mungkin jika populariti yang besar ini tidak dapat membantu umat islam digaza yang ditindas.

saya cuma lah seorang rakyat biasa yang cuma ingin melihat agar agama islam tidak ditindas. pilu hati melihat rakyat palestin yang diserang, rumah meraka dibom. malah lagi pilu apabila diri ini terasa begitu kecil untuk memberikan bantuan. apa yang mampu dibuat hanyalah berdoa.

bangun lah wahai manusia sekalian. ini bukan lagi isu agama. ini isu kemanusia. bersatu lah terutama umat islam. gaza tidak akan mampu untuk menang peperangan ini jika umat islam itu sendiri berpecah belah. mulakan lah walaupun dengan langkah yang kecil. jauhkan lah perasaan hasad dengki dan iri hati. jika kita semua bersatu, yakinlah gaza pasti akan menang.

berdoalah kepada Allah dan Insyallah Allah akan memperkenankan doa umat islam..

segala kesilapan datang dari saya dan saya dahulukan dengan maaf. semoga kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah..

# ini cuma lah nukilan dari saya.

lets sing ~